AURAT WANITA
Wanita yang solehah iaitu wanita yang menutup aurat ketika berpakaian.
Kerana ramai dikalangan wanita di zaman ini mereka
berpakaian tetapi telanjang. Ertinya pakaian mereka hanya
menutup bahagian-bahagian tertentu sahaja. Kalaupun menututp
semuanya tetapi bentuk tubuhnya nampak dengan jelas.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan
kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk
perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang
demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan
Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". (Al A'raf ayat
26 )
Jilbab atau tudung adalah fesyen pakaian yang dapat menutup
tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas , kecuali
muka dan tapak tangan. Jilbab juga tidak menampakkan bentuk
badan. Allah memerintahkan pakaian demikian supaya dapat
membezakan mana wanita beriman dan wanita yang tidak beriman,
serta terhindar daripada gangguan orang-orang munafik.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: 'Hendaklah mereka
mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh'. Yang demikian itu
supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu
mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang". (Al Ahzab ayat 59)
Untuk menjawab batas aurat seorang wanita ini maka cukuplah kami
utarakan maksud surah An Nuur ayat 31, kerana didalamnya
telah ditetapkan oleh Allah SWT. Firman-Nya yang bermaksud:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman "Hendaklah mereka
menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang
biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan
kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya kecuali kepada:suami mereka,
ayah mereka,
ayah suami mereka,
putera-putera mereka,
putera-putera suami mereka,
saudara-saudara lelaki mereka
putera-putera saudara lelaki mereka,
putera-putera saudara perempuan mereka,
wanita-wanita Islam,
hamba-hamba yang mereka miliki,
pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan
terhadap wanita,
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita,
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui
perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu
sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya
kamu beruntung".