Meninggalkan kenangan pedih dan pilu,
Menimpa pemimpin dan bangsa melayu,
Tidak rergambar aib dan pilu.
Kerana takut hilang kuasa,
Kawan sendiri sanggup di nista,
Di fitnah , di hukum , di caci , di cela,
Di malu di aib di fitnah dusta.
Kerana dia tersalah langkah,
Mendegar domba si kaki fitnah,
Kawan setia di sepak sebelah,
Di tuduh pula berbuat salah.
Pemimpan tua berkuasa lagi,
Makin sombong angkuh di hati,
Sanggup kianat kawan sendiri.
Di tuduh liwat berbuat zina,
Tuduhan keji dan amat hina,
Kerana surat sekor betina,
Malaysia malu seluruh dunia.
Sudahlah kawan di tolak ketepi,
Di tangkap di siksa sesuka hati,
Di tuduh di tohmah setiap hari,
Beri keadilan jauh sekali.
Konon bertindak ada bukti,
Di mahkamah pengadilan di beri,
Penuh debar raayat menanti,
Rupanya raayat tertipu lagi.
Sudah berbulan raayat menanti,
Menunggu - nunggu melihat bukti,
Mahkamah bersidang berhari - hari,
Hanya terbukti konspirasi.
Wahai raayat bumi Malaysia,
Lihatlah lakonan mereka,
Masih lagikah kita percaya,
Mereka memimpin negara.
Sahabat setia yang paling rapat,
Ada kuasa lagi mertabat,
Sanggup dia berbuat kianat,
Apalah lagi terhadap raayat?
Kini melangkah di tahun baru,
Bagaimana nasib bangsa Melayu,
Apakah masih begitu,
Atau kita mencari yang baru.
Inilah masa dan ketika,
Untuk raayat tunjuk kuasa,
Sekiranya ada pilihanraya.
Pemimpin CELAKA tolak ketepi,
Jangan di beri tempat lagi,
Mereka perentah sesuka hati,
Raayat mesti berani.
Pengirim
razak husin - [email protected]