Kuala Lumpur, Khamis 28 Jan. Kedai-kedai kecil yang menjual surat khabar,
majalah dan gula-gula yang bertaburan di seluruh negara sekarang ini
sedang
laris menjual satu lagi majalah baru yang mempunyai tajuk "GAY".
Perkataan GAY merujuk kepada lelaki yang mengamalkan hubungan seksual
dengan
lelaki lain. Wajah majalah ini dihiasi dengan gambar-gambar lelaki
gay
berbangsa Eropah dengan pos-pos yang menaikkan berahi.
Sekarang majalah GAY sudah terbit siri ke-4. Ia dijual dengan harga
RM2.50 sen
sahaja supaya pelajar-pelajar sekolah mampu membelinya. Saiz majalah
ini ialah
saiz buku biasa, supaya ia boleh dimasukkan ke dalam beg sekolah.
Antara iklan GAY berbunyi "Amir adalah seorang lelaki yang menjadi hamba
seks
kepada kaum sejenisnya.... Detik hitam bermula apabila dia diliwat
rakan
sekolah kemudian dia berpindah tangan dari seorang lelaki ke seorang
LELAKI.... IKUTI PENGALAMAN AMIR INI DALAM SIRI GAY..."
Antara teks yang terdapat dalam GAY siri ke-3 berbunyi "Bagaimana dengan
permintaan saya tadi?" tanya Cikgu Amran setelah kami duduk. Dia memilih
set
burger ayam. Aku pulak pilih nugget. Aiskrim pun tidak tinggal. Biasalah.
Aku
bab ais krim ni memang gila...."
GAY diterbitkan oleh syarikat Teguh Ringgit Publishing House, 60 Jalan
Hamzah,
Bhd. Seorang penjual akhbar bangsa India yang ditanya oleh wartawan
RN
memberitahu siri GAY amat laris dengan remaja-remaja lelaki yang datang
ke
kedai tepi dindingnya.
Barangkali eloklah Pak Lah, Menteri Dalam Negeri kita yang "mesra" itu
membaca
sendiri GAY dan nilaikan kesan bahan-bahan terbitan seperti GAY ini
ke atas
keselamatan budaya negara ini. Jangan nak fikir keselamatan politik
Dr.
Mahathir sahaja. - RN