CIRI-CIRI JAHILIYYAH
 
 
   Sejarah memaparkan kpd kita bahawa setiap jahiliyah mempunyai ciri
   atau tandanya yg tersendiri, berdasarkan kpd tempat, masa dan ketika
   jahiliyah itu hidup dan berkembang. Terdapat 4 ciri yg dikenal pasti:-

   1. Tidak beriman kpd ALLAH dgn keimanan yg sebenarnya. Ciri ini
      terpenting, penentuan samada manusia itu hidup didlm kebenaran atau
      kebatilan.
 
   2. Mereka melaksanakan hukum berdasarkan kpd hawa nafsu mereka
      sendiri. Ini merupakan ciri keseluruhan jahiliyah. Ciri ini muncul
      ekoran dari ketiadaan keimanan kpd ALLAH dan ianya berkait rapat dgn
      ciri yg pertama.
 
   3. TAGHUT - Wujudnya taghut yg bertugas menyesatkan manusia dan
      memalingkan mereka dari mentaati ALLAH kpd menderhakaiNya.
      Taghut ialah :-

        a. Melampaui batas dan ketetapan ALLAH
        b. Setiap yg melampaui batas.
        c. Setiap kepala penyesat.
        d. Syaitan yg memalingkan manusia dari jln kebajikan.
        e. Setiap yg disembah selain ALLAH.
        f. Rumah2 berhala.

   Menurut Saydina Umar al-Khattab taghut ini adalah syaitan, Jabir pula
   menjelaskan bahawa taghut itu adalah tukang2 tenung yg turun padanya
   syaitan2. Menurut Ibnu Qayyim pula, taghut ialah setiap apa yg
   melampaui oleh seseorang hamba didlm penyemabhan, ikutan dan ketaatan,
   justeru itu setiap yg berhukum dan melaksanakan pemerintahannya kpd
   selain drp kitab ALLAH dan Sunnah Rasulullah s.a.w ternyata bahawa
   mereka itu berhukum  kpd taghut yg diperintahkan oleh ALLAH kpd hamba2
   Nya agar kufur dgnnya (Fath al-Majid; Op cit hal. 391-392). Ujar Imam
   Malik pula; Taghut ialah apa yg disembah atau diabadikan diri selain
   ALLAH s.w.t

   Firman ALLAH :
   "ALLAH adalah pelindung org2 beriman. Dialah yg mengeluarkan mereka
   drp kegelapan (jahiliyahkekufuran) kpd cahaya (iman); sedang org2 kafir
   pelindung mereka adalah taghut, yg mengelaurkan mereka drp cahaya
   (iman)kpd kegelapan (kufurjahiliyyah)" al-Baqarah :257
   "Dan org2 yg beriman berjuang dijln ALLAH, sedang org2 kafir berjuang
   pd jln taghut" an-Nissa : 76
 
   4. Tenggelamnya manusia didlm arus nafsu syahwat. Hal ini adalah
      akibat dari membelakangkan petunjuk ALLAH dan bertuhankan nafsu;
      bila nafsu sayhwat memerintah mereka, maka segala2nya akan rosak.
 
   Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w :
 
   "Sesiapa yg keluar dari ketaatan dan perpisah dari jammah, lalu ia
   mati, maka matinya itu adalah mati jahiliyyah, sesiapa yg berjuang
   (perperangan) dibawah panji2 kesesatan (iaitu) ia marah kerana
   kebangsaan atau menyeru kpd kebangsaan (Assabiyyah) atau pun menolong
   kebangsaan, maka matinya itu adalah mati jahiliyyah" (Riwayat Muslim,
   an-Nasa'i dan Ibnu Majah)
 
   Maka sesungguhnya tradisi jahiliyyah tidak seharusnya dibiarkan
   berterusan hidup; ianya perlu dikuburkan dgn segera. Mereka yg
   mengucap kalimah syahadah wajib bangun menegak dan mengembalikan semula
   keagungan Islam spt mana telah dikecapi oleh generasi yg pertama
   dahulu. Sesiapa yg tidak berjihad menentang jahiliyyah, maka mereka
   juga jahiliyyah dan mati mereka adalah mati nifaq:

   "Barangsiapa yg mati padahal belum ia berperang dan tidak bercita2 utk
   berperang didlm hatinya atas satu cabang drp nifaq" (Riwayat Muslim)
 
   Firman ALLAH :
   "Dan janganlah kamu merasa lemah (dlm perjuangan mempertahankan dan
   menegakkan Islam, janganlah kamu berdukacita terhadap apa yg menimpa
   kamu, padahal kamulah org2 yg tertinggi (mengatasi musuh dgn mencapai
   kemenangan) jika kamu org2 yg bersungguh2 beriman" Al-Imran : 139
 
   "Dan berjihadlah kamu dijln ALLAH dgn jihad yg sebenar2nya......"
   Al-Hajj : 78
 
   Baraqallah bil quran nil azim. Wassalammualaikum warhmatullah...
 
   TAKBIR ! TAKBIR ! TAKBIR !
   (Petikan drp Kitab RUH TAUHID karangan Ust Ramli Awang)
 
   Wal Ilal Liqo
 
   Ibnu Abas

Laman Utama