Kebinasaan Namrud ini terjadi pada hari Rabu, ia dibinasakan Allah SWT
dengan tentera nyamuk.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri."
(Al-Muddatsir: 31)
Namrud mempunyai tentera sebanyak tujuh ratus ribu penunggang kuda dengan
senjata yang lengkap. Namrud berkata kepada Nabi Ibrahim: "Hai Ibrahim,
jika
Tuhanmu mempunyai malaikat, maka kirimkanlah kepadaku untuk berperang
denganku. Jika sanggup ambillah kerajaanku ini."
Maka Nabi Ibrahim as. munajat kepada Allah SWT: "Ya Ilahi sesungguhnya
Namrud dengan tenteranya menunggu kedatangan tenteramu, maka kirimkanlah
kepada meraka tentera daripada selemah-lemah makhlukmu iaitu nyamuk."
Ketika Namrud dan tenteranya telah berkumpul di padang yang luas, maka
Allah memerintahkan nyamuk keluar dari lautan. Lalu keluarlah tentera
nyamuk
hingga menutupi permukaan bumi dan langit. Kemudian nyamuk bertanya:
"Ya Tuhan
kami, apakah yang harus kami laksanakan?" Allah berfirman: "Aku telah
menjadikan rezeki kamu semua pada hari ini berbentuk daging tentera
Namruz."
Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan kepada nyamuk-nyamuk tersebut.
Lalu nyamuk-nyamuk tersebut menyerang tentera Namrud, menghisap semua
darah
mereka, Allah memerintahkan kepada nyamuk agar menunda penyeksaan terhadap
Namrud. Agar ia dapat melihat sendiri kehancuran tenteranya. Maka
nyamuk-nyamuk itu pun membiarkan Namrud sehingga ia dapat pulang ke
istana.
Nabi Ibrahim as. merasa hairan dan takjub melihat peristiwa tersebut.
Kemudian Allah berfirman kepadanya:
"Wahai Ibrahim, demi kemuliaan dan keagungan-Ku, sekiranya engkau tidak
meminta kepada-Ku supaya mengutus tentera nyamuk, tentu aku akan mengirimkan
yang lebih halus daripada nyamuk, jika seribu di antaranya berkumpul
menjadi
satu tidak mencapai besarnya nyamuk, tentu akan aku musnahkan juga
mereka
dengannya."
Ketika telah dekat seksaan untuk Namrud, lalu Allah memerintahkan seekor
nyamuk untuk menjalankan tugas tersebut. Nyamuk itu berkeliling di
sebatang
pohon selama tiga hari. Setelah sampai tiga hari, maka ia masuk ke
dalam
kepala Namrud melalui lubang hidungnya. Kemudian ia memakan otak Namrud
selama
Begitu besar sifat pengasih dan penyayang Allah SWT. Allah tidak menyeksa
Namrud dengan segera, tetapi masih diberi masa ia bertaubat. Masa tiga
hari
yang diberikan terhadap nyamuk tersebut tidak digunakan oleh Namrud
untuk
menerima kebenaran Allah SWT. Maka jadilah Namrud tergolong ke dalam
orang-orang yang dimurkai Allah SWT.
Dipetik dari Darul Nu'man