Surat Terbuka Kepada Pak Lah
Kepada:
YAB Dato' Seri Abdullah b. Hj. Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Dalam Negeri

YAB Dato' Seri,
Saya mewakili rakyat Malaysia ingin mengemukakan bantahan terhadap beberapa
perkara yang mana Dato' Seri mempunyai kuasa untuk bertindak. Jika tidak buat
apa sumpah jawatan Dato' Seri lakukan menerima amanah, apakah hanya menjadi
pak turut? telah bertanggungjawab dalam isu memukul Dato' Seri Anwar. Rakyat percaya
Suruhanjaya Bebas yang dilantik akan terkongkong, sebagaimana Mahkamah yang
sedang membicarakan DSAI. Dato Seri sebagai Menteri Dalam Negeri adalah
bertanggungjawab penuh dalam urusan polis di negara ini. angkuh menduduki singgahsana dua jawatan penting hari ini. Memanglah benar
Dato' Seri insan yang terpilih oleh PM menyandang jawatan itu. Mungkin
sebabnya hanya Dato' Seri seorang saja yang tahu. Tetapi institusi polis yang
diperalatkan untuk memukul rakyat dalam demontrasi aman, hingga ada yang mati
dan cedera dalam rusuhan yang ditimbulkan oleh polis yang jahat. Mereka ini
dipanggil SB atau Siput Babi. Ingatlah bahawa dengan kegagalan Dato' Seri
memohon maaf ini, rakyat masih berdendam terhadap institusi polis dan
kredibiliti mereka hilang di mata rakyat. Janganlah Dato' Seri ingat bahawa
rakyat ini bodoh. Kerana mereka bijaksanalah maka demonstrasi dihentikan dan
hanya menunggu saat pilihanraya untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang
dikatakan bersifat kuku besi, mirip kepada diktator dengan menterinya seperti
burung kakaktua sifatnya. Perbicaraan terhadap tuduhan rasuah yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi
sekarang didengari di seluruh dunia. Hakim Augustine Paul sama seperti
perangai Azizan yang cakapnya tak boleh dipakai. Kami tahu jumlah wang yang
disogokkan kepadanya iaitu sebanyak RM5 juta. Mahkamah Malaysia penuh dengan
korupsi. Rakyat sudah cerdik dan segala yang berlaku hari ini adalah cacatan
sejarah untuk generasi akan datang. Melainkan jika perbicaraan dijalankan
seorang diri, mungkin segalanya boleh dirahsiakan. Selagi ada penglibatan
orang lain, maka perkara-perkara rahsia dan sulit hari ini, esoknya menjadi
kenyataan umum dan orang lain akan bercakap mengenainya. Kami sebagai rakyat
Malaysia berasa malu kepada rakyat seluruh dunia kerana perkara ini. dipertontonkan dalam Mahkamah Tinggi sekarang bahawa 'kununnya' DSAI melakukan
rasuah 'kuasa' iaitu menggunakan kedudukannya sebagai TPM dan Menteri Kewangan
untuk mengelakkan dirinya dari difitnah oleh pihak tertentu. Anihnya, setiap
Menteri sekarang bercakap mempertahankan diri sendiri, untuk melindungi
maruahnya, tidak ditangkap sebagai melakukan rasuah 'kuasa' itu. Buktinya,
sila rujuk di Kementerian Kewangan terdapat banyak tender yang dikeluarkankan
oleh Kerajaan dikeluarkan kepada pihak tertentu dengan kuasa PM sebagai
recomendationnya, anihnya tidak ditangkap kerana melakukan rasuah kuasa dan
penyelewengan. Berkurangan. Kenyataan Dato Seri beberapa hari lalu menyatakan bahawa kini
tiada lagi serangan terhadap Kerajaan, caci maki dsbg. Sebenarnya rakyat sudah
matang, mereka bukan sejuk dengan isu panan yang cuba diselindungi oleh
Kerajaan melalui medianya. Jika tak percaya, tanya sajalah kepada rakyat biasa
macam kami, apa pendapat kami berhubung dengan isu pemecatan DSAI, isu Gerakan
Reformasi dan Sentimen Anti Kerajaan UMNO? Jawapannya rujuk sahajalah dalam
banyak laman web yang menyerlahkan sentimen anti Kerajaan UMNO yang terus
membakar dan menyala di dada rakyat jelata.

Jika Dato' Seri gagal menangani 5 isu ini, sila letakkan jawatan Dato' Seri.
Tidaklah layak seseorang yang memegang jawatan tapi tiada fungsinya atau
dengan kata lain cengkaman yang tiada bisanya. Kami rakyat telah muak
dihidangkan dengan pujukan 'kununnya' Kerajaan amat perihatin masalah rakyat,
Kerajaan akan bertindak adil dsbg. Rakyat tahu Kerajaan berbohong dan jika
Dato Seri gagal menangani kesemua permasalahan ini Kerajaan UMNO akan menerima
akibatnya. Pada ketika itu Dato' Seri akan menjadi rakyat biasa macam kami dan
mungkin jadi pencerca kepada Kerajaan Baru selepas pilihanraya!!

Mr. Canggih
Insan Kerdil, Rakyat Biasa
 
 

Laman Utama