Tragedi Memali - setahun
yang lalu - menjadi turning point (titik tolak) yang penting kepada perjuangan
Islam yang dipelopori oleh Pas di negara ini. Demikian ditegaskan oleh
Yang Dipertua Agung Pas, Tuan Haji Yusuf Rawa. "Kita bersyukur kepada Allah,"
katanya,"dengan tragedi Memali meningkatkan lagi keazaman para jamaah Pas
untuk berjuang terus hingga terlaksananya Daulah Islamiah."
Ketika ditanya apakah perasaannya setelah setahun berlalu peristiwa berdarah itu, al-ustaz Yusuf dengan suara tenang seperti selalunya berkata:
"Dari satu segi kita bersedih kerana terjadinya tragedi berdarah itu di mana 18 nyawa telah terkorban. Tetapi dari satu segi yang lain kita merasa lebih yakin bahawa perjuangan Islam akan berjaya. Dan kita tetap yakin bahawa ahli-ahli jamaah kita yang rebah seramai 14 orang itu tetap mati syahid kerana kita telah mengemukakan hujjah-hujjah kita dengan jelas dan saksama berdasarkan hukum Al-Quran, Hadis dan ijmak ulamak."Beliau yang ditemui selepas perasmian Ijtima' Memperingati Syuhada' anjuran Pas Kawasan Titiwangsa di Dewan Kuala Lumpur pada 9 November 1986 banyak bercakap mengenai perjuangan Islam yang pasti berjaya dan merasa yakin tentang masa depan Pas yang tetap cerah walaupun dihadapkan dengan pelbagai ujian oleh musuh-musuh Islam.
Kemudian dengan penuh terharu beliau berkata:
"Setelah merenung peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali itu, saya membandingkan dengan apa yang berlaku di tempat lain di Malaysia umpamanya peristiwa pertemuan Ching Peng(Pemimpin Komunis) di Baling di tahun 50-an dulu, peristiwa Botak Chin beberapa tahun yang lalu dan yang terbaru peristiwa tebusan di Penjara Pudu baru-baru ini."Semuanya tidak menumpahkan darah. Tetapi peristiwa Memali tidak demikian dan saya merasa pelik , katanya dan menambah, sedangkan Ustaz Ibrahim Libya dan orang kampung yang menjadi mangsa itu tidak pernah dibuktikan kesalahannya sama ada sebagai penjenayah ataupun penganut ajaran salah.
" Ini semua hikmah Allah,"katanya dan menambah "memanglah harga perjuangan menegakkkan Islam begitu mahal dan hanya mampu dibayar oleh mujahid-mujahid terbilang seperti Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya."
bersambung...
Pada kira-kira jam lapan pagi, 19 November 1985, sekitar 30 hingga 40 orang(termasuk juga kanak-kanak) berada di kawasan rumah Ustaz Ibrahim Mahmud. Ketika itu juga Kampung Memali boleh dikatakan sudah dikepung oleh pasukan polis yang memang sedia ada di sekeliling kampung sejak beberapa hari lalu. Anggota-anggota polis ini terdiri dai PPH Ulu Kinta, Pasukan Komando Ulu Kinta dan lain-lain.
Mereka dibantu oleh Pasukan Polis hutan Sungai Petani yang datang dengan unit kereta perisai melalui pekan Baling.
Pada 8.30 pagi hari itu sekatan jalanraya diadakan oleh polis di semua jalan masuk ke Kampung Memali. Orang-orang kampung, termasuk kanak-kanak dan wanita yang menyedari sesuatu akan berlaku terhadap Ustaz Ibrahim sempat memboloskan diri lalu berkumpul di rumah Ustaz Ibrahim. Ini menambahkan jumlah orang yang berada di rumah Ustaz Ibrahim menjadi kira-kira 100 oarang.
Satu pasukan FRU tiba. Anggota-anggotanya membuat perbarisan sambil berkawat dengan peralatan mereka yang lengkap. FRU membunyikan loceng sebanyak dua kali di hadapan rumah Ustaz Ibrahim.
Keadaan-keadaan ini disambut oleh orang-orang yang berada di dalam rumah Ustaz Ibrahim dengan bertakbir. Ada kanak-kanak yang melastik ke arah FRU.
Kemudian kereta perisai digunakan merempuh pintu pagar rumah Ustaz Ibrahim...
bersambung...
SENARAI YANG SYAHID