RAKYAT BUKAN BODOH!!!

Perasan tak sejak akhir-akhir ini begitu hebat kempen di media (akhbar
dan TV) menyatakan banyak kemalangan dan maut di jalan biasa
berbanding dengan lebuh raya? Perasan tak bahawa kempen ini seiring
dengan ura-ura kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol?

Kita sedia menerima usaha pihak yang berkuasa cuba menurunkan kadar
kemalangan dan kematian. Syabas bagi pihak yang berkenaan kerana
sanggup berpanas dan berhujan mengendali lalu-lintas. Tapi, nampak
macam ada yang tak kena dengan publisiti yang dibuat oleh pihak media.
Adakah ini satu usaha untuk menggalakkan orang supaya menggunakan
lebuhraya? Maklumlah kononnya PLUS dah "rugi". Hasil kutipan tolnya
konon menurun pada tahun 1998 berbanding dengan tahun 1997. Tapi kalau
tol naik tentu ramai lagi yang boikot lebuhraya. Nampaknya ramai
lagilah rakyat yang akan menemui maut di jalan biasa. Yang meninggal
pula kebayakannya muda-muda belaka. Apa nak buat. Kerajaan BN memang
tak sayang rakyatnya....Oleh itu, ayuh kita tukar kerajaan.
Pilihanraya nanti kita bentuk kerajaan baru yang menyayangi rakyatnya.

Di samping itu, kita sama-samalah berhati-hati di jalan raya.
 

Ulasan Sedarlah
---------------
Kerajaan telah menggunakan taktik baru dalam menaikkan tol. Kadar tol yang
sebenarnya ingin dinaikkan ialah RM1.00 tetapi rakyat mesti tidak setuju.
Kerajaan pun letaklah tanda harga RM1.50 dan bila rakyat tidak setuju maka
kerajaan yang kononnya perihatin dan kononnya berjiwa rakyat pun menurunkan
kepada RM1.00. Maka dengan ini rakyat terpaksa berpuas hati dan bersetuju
dengan kadar baru. Kerajaan pula berpuas hati kerana dapat memperbodohkan
rakyat.

Kalau kita masih ingat, perkara yang sama telah berlaku ketika kerajaan
menaikkan kadar harga lesen memandu daripada RM20.00 kepada RM50.00 dan
akhirnya menurunkan semula kepada RM30.00. Rakyat kebanyakkan setuju kerana
angka 30 masih rendah dibandingkan dengan 50.

"...rakyat bukan bodoh, yang bodoh ..."

Laman Utama