Assalamualaikum,Salam Reformasi, Selamat Hari Raya.
TOL dan SWISSBANK
Saya mengalu-alukan penurunan tol di LDP kepada RM1 daripada RM1.50. Tetapi
saya merasakan bahawa kerajaan tidak bertindak kerana prihatin dengan kehendak
rakyat tetapi terpaksa melakukan kerana tiada pilihan
lain.Ini jelas nampak semasa persidangan akhbar dengan PM yang nyata menunjukkan PM
bengang dengan keputusan dia sendiri. Mungkin kerana desakan penurunan tol ini
bukan diasak dan dipinta oleh pihak pembangkang tetapi diasak oleh MCA, parti
komponen BN sendiri....PM telah menyatakan bahawa kerajaan terpaksa subsidi 85 juta Ringgit setahun
untuk LDP. Dalam TV3 semalam, TV3 seperti yang kita ketahui, akan menyebelahi
PM dan memberi ulasan panjang lebar tentang kebaikan lebuhraya bertol. Salah
satu daripadanya ialah menjimatkan masa dan wang. Tetapi jika pengurangan tol
berlaku maka kerajaan akan subsidi dan rakyat tidak akan maju kerana menjadi
bangsa subsidi???. Saya merasakan ulasan ini tidak berasas dan tidak berakal.
Soalannya: siapa suruh buat lebuhraya?. Dalam konteks ini, rakyat tidak
mempunyai pilihan untuk menyuarakan tidak puas hati jika mereka tidak suka
lebuhraya dibina. Di Australia, jika pelebaran jalan atau lebuhraya hendak
dibina dan melibatkan penempatan penduduk, kerajaan mereka akan berbincang
dengan penduduk, merekodkan ketidakpusan hati, menjalankan Enviromental Impact
Analysis, feasibility study dan bermacam macam lagi. Tetapi di Malaysia, jika
kerajaan berhasrat membuat lebuhraya bertol (kalau free tak jadi hal),
lebuhraya terus dibina tanpa memikirkan kesusahan rakyat. Kalau tanah hendak
diambil, mereka berbuat sesuka hati dan hanya memberikan pampasan yang kecil.
Kalau nak ambil, kalau taknak mereka ambil tanah juga. Apa pilihan yang kita
ada?. Bila tol naik, kita tiada pilihan
lain, terpaksa bayar.Saya masih ingat, tahun lepas semasa TPM kita ialah DSAI, DSAI telah
bertungkus lumus untuk menghalang kenaikan tol di lebuhraya Utara Selatan.
Kenapa DSAI boleh menyelesaikan hal ini tetapi Mahathir tidak boleh?. Mudah
sahaja, DSAI berjiwa rakyat, Dr Mahathir berjiwa kroni. Jadi DSAI buat untuk
kepentingan rakyat, DR Mahathir buat untuk kepentingan kroni. Logiknya,
kenaikan tol PLUS ialah conflict of interest. Renong di selamatkan oleh
Kerajaan sebanyak RM20B dan bayaran kepada kerajaan adalah melalui kutipan tol
PLUS. Jadi keputusan menaikkan tol adalah keputusan kerajaan bukan PLUS atau
Renong.Saya berasa lucu ketika Dr Mahathir ada mengatakan bahawa menteri kabinet
bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada Swiss Banak untuk mengistiharkan
wang simpana mereka. Apa yang saya tahu, correct me if I'm wrong ialah:* Swiss Bank tidak mempunyai nama penyimpan dan mereka tidak akan
menyistiharkan penyimpan mereka kerana ini adalah polisi mereka. Jika
penyimpan ingin membuka akaun, mereka akan hanya diberikan nombor akaun dan
password. Tiada butiran lain diminta. Jadi, PM jangan mengelabukan mata
rakyat.* Kenapa PM buat annoucement untuk memberikan kebenaran kepada Swiss Bank jika
menteri Cabinet tidak membuka akaun disitu?. Pelik bukan.Banyak perkara jahat yang dibuat oleh cabinet pimpinan DR.M yang rakyat tidak
mengtahui. Saya berdoa agar kebenaran pasti muncul dan kejahatan DrM akan
terbongkar sedikit masa lagi.ALLAH AKBAR, ALLAH AKBAR, ALLAH AKBAR
HIDUP ISLAM, HIDUP REFORMASI, MAMPUIH MAHATHIR.
TQ